Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undi popular BN S'wak naik lebih 62%
Diterbitkan:  Nov 30, 2016 1:18 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Undi popular bagi kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 62 peratus dalam pilihan raya negeri ke-11 (PRN11) berbanding 55.4 peratus pada PRN10.

Sebaliknya, undi popular bagi pembangkang (PKR dan DAP) menurun kepada 29 peratus pada PRN11 berbanding 37.4 peratus pada PRN10.

Sokongan popular ini diterjemahkan kepada kemenangan yang sangat besar apabila BN memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam PRN11, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semasa ucapan penggulungan pada persidangan DUN yang tamat hari ini.

"Rakyat telah membuat pilihan mereka dan kami, kerajaan BN yang merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan penyayang, berkewajipan untuk menunaikan semua janji yang dibuat pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Kami komited melaksanakan tanggungjawab kami untuk merancang bagi memakmurkan negeri Sarawak dan memelihara kesejahteraan rakyat," katanya.

Adenan berkata ini adalah antara sebab kenapa kerajaan negeri menunaikan 53 Prinsip dan Tindakan untuk manfaat rakyat.

"Kami juga melaksanakan dasar pembangunan dan strategi melalui Pelan Transformasi Sosioekonomi (SETP) dan inisiatif transformasi kami untuk kemakmuran ekonomi negeri dan kehidupan rakyat.

"Oleh itu, program dan projek kami adalah berpaksikan rakyat dan memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS