Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Perwakilan Wanita Umno Bagan Hamidah Arshad mempersoalkan tindakan kerajaan melantik orang bukan Melayu ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Berbahasa dalam Persidangan Agung Wanita Umno di ibu negara, beliau menjadikan sebuah syarikat milik Permodalan Nasional Berhad sebagai contoh.

“Apa yang berlaku sekarang ini bila kaum lain pegang jawatan tertinggi.

“Kesannya kontraktor, konsultan, peguam semua akan dapat pada mereka (kaum lain),” katanya.

Hamidah mempersoalkan sama ada tidak adakah kontraktor berbangsa Melayu untuk dilantik ke dalam GLC.

'Tiada wanita, sunyilah dewan ini'

Sementara itu, beliau juga memuji perjuangan anggota Wanita Umno yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan Umno terus utuh.

“Dalam apa jua program dan aktiviti dalam dewan pendingin hawa hinggalah meredah hujan dan panas dari rumah ke rumah untuk mendaftar pengundi, mahupun meraih undi kami rela kami akur dan kami tidak patah semangat.

“Bayangkan hari ini sepanjang persidangan ini jika tiada kaum wanita maka sunyilah dewan ini,” katanya.

Lihat Komen
ADS