Terjemahan Seorang pakar bom dan pelarian dari Malaysia dipercayai bertanggungjawab membuat ancaman untuk meletupkan beberapa loji penapisan minyak di kepulauan Borneo di Indonesia.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Da'i Bachtiar berkata, ancaman itu dibuat oleh kumpulan radikal Islam pimpinan Azahari Husin, yang dikehendaki berhubung pengeboman di Bali dan beberapa serangan yang lain.

"Berdasarkan kepada penilaian dan analisa kita, ia membabitkan kumpulan tersebut," kata Bachtiar seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Antara.

Pekerja asing

Bachtiar tidak memberitahu tempat loji-loji penapisan minyak terbabit di Borneo kebanyakannya ada kaitan dengan syarikat minyak asing yang menggunakan pekerja asing yang menerima ancaman tersebut.

Azahari, seorang bekas profesor universiti, berjaya melepasi pihak polis bersama rakan seperjuangannya Noordin Mohammed Top selepas didakwa terbabit dalam pengeboman di Bali pada bulan Oktober 2002 yang mengorban 202 orang, sebahagian besarnya pelancong asing.

Mereka berdua juga merupakan suspek utama serangan ke atas Hotel Marriot di Jakarta pada tahun 2003 yang membunuh 12 orang, serta serangan bom ke atas Kedutaan Australia di Jakarta yang mengorban 12 orang pada bulan September 2004.

Semua serangan bom tersebut didakwa dilakukan oleh Kumpulan Jemaah Islamiah yang dikaitkan denan Al-Qaeda.