Perkhidmatan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi telefon bimbit Uber melebarkan sayapnya ke Seremban pula.

Mulai hari ini (Khamis), Uber akan mula beroperasi di Seremban – bandar kelapan yang cuba ditembusinya.

“Daripada ambil saudara di stesen KTM atau Terminal One, atau minum kopi dengan kawan-kawan di Uptown Avenue, Uber ada untuk bawa kamu keliling bandar,” kata Uber dalam kenyatannya semalam.

Perkhidmatan itu, seperti pesaingnya Grabcar sebelum ini dilapor mendapat banyak tentangan daripada pemandu teksi kerana didakwa menjejaskan punca pendapatan mereka.

Kerajaan bagaimanapun tarik tali dengan cuba mengawal selia perkhidmatan itu dengan merancang membentangkan rang undang-undang ride hailing di parlimen pada Mac depan.

Kerajaan sedang memuktamadkan rang undang-undang berkenaan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bagi Sabah dan Sarawak.