Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan, meluahkan rasa sedihnya dengan pendirian politik terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini susulan bekas perdana menteri itu dilihat menyokong pembebasan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah disabit bersalah meliwat Saiful.

"Bila dia menyokong (untuk membebaskan) Anwar Ibrahim, ia agak mengguris hati saya. Saya agak sedih bila Tun lakukan perkara itu.

"Dia (Mahathir) tidak katakan bahawa (isu liwat itu) tidak betul. Dia cuma nak bebaskan dia (Anwar). Kamu lihat dalam politik, mereka suka spin (putar belit) kenyataan mereka.

"Dia (Mahathir) tidak kata yang Anwar tidak bersalah, dia hanya kata yang dia mahu Anwar bebas untuk selamatkan Malaysia," kata Saiful.

Saiful berkata demikian ketika ditemui di gerai kainnya sempena perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di ibu negara hari ini.

Setelah mengejutkan ramai pihak dengan bersalaman dengan Anwar selepas 18 tahun, Mahathir bulan lalu dilihat memakai lencana mendesak pembebasan Anwar.

Lapan tahun lalu, Saiful mendakwa bekas bosnya, Anwar yang juga bekas ketua pembangkang meliwat tanpa kerelaannya.

Anwar bagaimanapun mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS