Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Ladang sawit terbentang, tapi minyak masak tiada'

Pahang telah sekian lama menjadi simpanan tetap BN, malah penyumbang terbesar kepada kemenangan selesa parti itu pada setiap pilihan raya umum.

Namun, ia bukan jaminan negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu terlepas daripada masalah.

Menurut Timbalan Ketua Umno Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin, kawasan Felda di negeri itu masih berdepan dengan cabaran getir dengan pelbagai isu yang gagal ditangani dengan baik.

Kata Shahaniza, contoh terdekat adalah apabila timbul isu terputus bekalan minyak masak baru-baru ini.

"Tak jadi bahan lawak ke tuan tuan dan puan puan, buka pintu rumah nun menghijau pokok kelapa sawit tapi buka almari di dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan seharian.

“Inilah antara isu yang kita harus lihat, realiti yang menyakitkan masyarakat,” katanya.

Zaman selesa berakhir

Sementara itu, Shahniza mengingatkan bahawa zaman Umno berasa selesa sudah berlalu.

Ujar Shahaniza, Umno tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti keramat Melayu khususnya di kalangan pengundi muda.

"Pilihan raya adalah angka manakala politik adalah sokongan.

“Sindrom penafian di kalangan kita, pemimpin Umno, mengukur kekuatan hanya dengan bersandarkan bilangan kerusi dan memandang sinis sokongan dengan mengatakan 'kita tetap menang walaupun perbezaan undi hanya satu' perlu dikikis.

“(Ini) kerana sokongan popular adalah cermin terbaik terhadap landskap politik yang lebih luas,” kata Shahaniza.

Sementara itu, mengulas cemuhan dan kritikan pada Umno di media sosial, beliau berkata ia sebenarnya berpunca daripada kegagalan Umno mengatasi persepsi negatif yang ditanamkan pembangkang.

Lihat Komen
ADS