Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Walaupun suatu ketika dahulu namanya terpalit dengan kontroversi, namun Saiful Bukhari Azlan kini bahagia di samping isterinya, Nik Suryani Megat Deraman.

Ketika ditemui semasa membuka gerai menjual pakaian dan songket sempena perhimpunan agung Umno, Saiful bersama isterinya ramah melayan tetamu yang mengunjungi gerainya.

Malah, Saiful juga kelihatan tenang dan tidak kekok untuk bertemu media yang tidak putus ke gerainya untuk mendapatkan perkembangan terbarunya.

Saiful dan isteri kini telah dua tahun menceburi perniagaan songket, batik, pakaian dan aksesori wanita selain memiliki syarikat perunding media dan politik.

Menurut Saiful, 30, perniagaannya kini telah berkembang ke seluruh negara apabila mereka turut menjual pakaian secara online.

"Kita berpusat di Terengganu dan Kuala Lumpur. Kita mempunyai kedai di Terengganu dan turut menjual secara online dan penghantaran ke seluruh dunia.

"Pakaian ini kita reka sendiri, songket pula buatan tangan," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, perniagaan bersama isterinya itu tercetus setelah isterinya berminat untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan.

Nik Suryani, 36, yang setia di sisi Saiful dan sentiasa tersenyum pula, memberitahu beliau kini menanti anak kedua yang dijangka lahir pada Mac tahun depan.

"Ya, dijangka lahir pada Mac. Sudah enam bulan dan ini anak kedua kami dan ia bayi lelaki," katanya tersenyum sambil memberitahu mereka turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun.

Ditanya mengenai harga pakaian yang dijual, Nik Suryani yang pernah bekerja di sebuah stesen televisyen swasta memberitahu harga setiap pakaian antara RM128 hingga RM18,000.

"Songket ini buatan tangan dan ia eksklusif hanya ada satu sahaja. Songket ada dua jenis, kain cotton dan sutera. Bagi songket kain cotton harga dalam RM700 hingga RM3,000.

"Kalau sutera harganya dari RM3,000 ke RM18,000. Untuk baju pula harganya dari RM128-RM258 dan skirt harganya dari RM158-258," ujarnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS