Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahathir buat kejutan muncul di konvensyen DAP

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila hadir pada Konvensyen Kebangsaan DAP ke-50 hari ini.

Beliau duduk di atas pentas bersama-sama pemimpin-pemimpin kanan parti itu, antaranya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan pengasas serta penasihat DAP, Dr Chen Man Hin.

Turut hadir di atas pentas ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu, yang merupakan sekutu DAP dalam Pakatan Harapan

dap national congress 041216 mahathir lim kit siang lim guan eng wan azizah mat sabu 2Mahathir pernah dilihat sebagai musuh kepada DAP semasa beliau menjadi presiden Umno dan dalam beberapa tahun selepas.

Walaupun begitu, selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mahathir menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan DAP yang hadir ketika namanya dan pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah disebut.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis perasmian itu, Mahathir berkata lawatan sulungnya ke konvensyen kebangsaan DAP adalah satu pengalaman yang baru bagi beliau.

"Nampaknya semangat ke-Malaysiaan DAP lebih kuat daripada BN dan Umno. Juga saya lihat di antara ahli-ahli DAP ini ada yang muka gelap sikit. Ada yang brown sikit. Bukan semuanya warna yellow dan lain lain. Tak ada. Cuma tiga-tiga kaum nampak ada di sini.

"Ini menunjukkan bahawa DAP bukan Chinese party (parti Cina). Ia multiracial party (parti berbilang kaum). Dan ahli yang bukan Cina pun pegang jawatan-jawatan yang tinggi, Karpal Singh umpamanya pegang jawatan yang tinggi, boleh bertutur dalam Bahasa kebangsaan dan saya.

"Jadi ini satu pengalaman bagi saya," katanya.

Lihat Komen
ADS