Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Najib pelawa Muhyiddin, Shafie letak jawatan cara terhormat'
Diterbitkan:  Dec 5, 2016 11:20 AM
Dikemaskini: 7:22 AM

Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa sebelum pemecatan dari kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mempelawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya meletak jawatan kabinet secara terhormat.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak berbuat demikian.

“Kalau tidak setuju, letak jawatan.

“Beliau dalam jemaah menteri mengatakan, kalau dah banyak kali saya nasihat atau cakap tetapi masih tidak bersetuju atau masih menimbulkan banyak kekeliruan, maka letak jawatan.

“Tetapi mereka tidak mahu letak jawatan. Apabila tidak buat demikian walaupun telah dipelawa untuk letak jawatan secara terhormat, maka perdana menteri tiada pilihan selain memecat mereka,” kata Rahman dalam temu bual dengan Utusan Malaysia hari ini .

Beliau juga berkata, jika kritikan mereka terhadap 1MDB adalah sebab mereka digugurkan sebagai menteri, maka kedua-dua mereka sepatutnya sdah lama dipecat sebab mengkritik isu firma pelaburan negara itu sejak 2014.

Muhyiddin dan Shafie dipecat dari kerajaan pada Julai tahun lalu ketika satu rombakan kabinet yang mengejutkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS