Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tidak ada anggaran tepat jumlah pengikut Syiah’
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 3:45 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Aktiviti penyebaran ajaran sesat, fahaman Syiah di negara ini masih terkawal, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pengawalan ajaran itu adalah tertakluk di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang diperuntukkan di setiap negeri.

"Dari segi bilangan pengikut, tidak dapat dipastikan kerana tidak ada anggaran yang tepat, tambahan pula kumpulan ini (Syiah) tidak berdaftar.

"Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi keselamatan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kumpulan ini," katanya menjawab soalan Senator Engku Naimah Engku Taib mengenai sejauh mana perkembangan fahaman Syiah dan bilangan pengikutnya di negara ini.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 bersetuju bahawa ajaran Islam yang lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah, bercanggah dengan hukum syarak serta undang-undang Islam dan penyebarannya adalah dilarang di negara ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS