Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini melancarkan tabung 'Solidariti buat Mazlan Aliman' bagi membantu Mazlan yang kini perlu membayar ganti rugi RM500,000 setelah didapati bersalah memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Pelancaran itu disempurnakan oleh Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Sebelum itu, ketika berucap, Mohamad atau mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa nasional AMANAH telah ditindas oleh kerajaan sedangkan beliau memperjuangkan nasib peneroka Felda.

Sehubungan itu, Mohamad berharap agar perkara yang menimpa Mazlan ketika ini tidak akan mematahkan semangat anggota AMANAH yang lain untuk terus 'berjuang'.

"(Mazlan) sudah pun mendapat surat untuk dibankrapkan. Adakah isu Mazlan Aliman akan jadi isu yang akan mematahkan kita dalam perjuangan?

"Atau isu ini menambahkan semangat kita dalam perjuangan? Dengan semangat itu, kita kena bebaskan Mazlan Aliman daripada bankrap," katanya.

Mohamad berkata demikian sebagai menyokong usul yang dibawa perwakilan AMANAH Negeri Sembilan berhubung solidariti terhadap Mazlan Aliman di Shah Alam.

Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda.

Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu pada 20 Julai 2009 selepas mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Along atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

 

 

 

 

Lihat Komen
ADS