Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid tegur perwakilan, jangan bawa 'DNA' parti lama

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad menegur perwakilan yang menggelar pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan sebagai 'duri dalam daging'.

Malah, secara berkias, Khalid turut mengingatkan para perwakilan Konvensyen AMANAH agar tidak membawa 'DNA' parti lama dalam parti serpihan PAS itu.

"Kita nak kukuhkan Pakatan Harapan, jangan gelar orang duri dalam daging. Kamu bantai orang, ingat dia suka ke? Itu ke cara nak kukuh Pakatan (HARAPAN)?

"Jangan bawa DNA parti lama. Jangan macam itu, ini DNA parti lama... Ini pandangan saya. Kalau nak kukuh Pakatan Harapan dan nak parti lain bersatu dan bersama kita, tunjuk sikap keterbukaan, sanggup berbincang," kata Khalid.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan penggulungan di Konvensyen AMANAH, Shah Alam hari ini.

Hari ini, perwakilan AMANAH negeri Selangor mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

Menurut Jamzuri Ardani yang juga pengarah komunikasi AMANAH Selangor lagi, unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera kerana beliau bimbang menteri besar Selangor akan duduk dalam blok pembangkang selepas pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam mengingatkan para perwakilan agar bersungguh-sungguh untuk memenangkan parti pada pilihan raya umum akan datang memandangkan AMANAH merupakan sebuah parti yang diserang dan 'bersendirian'.

"AMANAH ini parti paling sukar bertapak di Malaysia. Bila parti Semangat 46 tubuh, Umno serang (Semangat 46), PAS sambut. PKR pula bila Umno serang, PAS sambut.

"BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Umno serang, PAS sambut. AMANAH ini, Umno serang, PAS pun serang. Maknanya, jika kita nak jadi parti yang kuat, yang jadi pilihan rakyat, kita kena ada jati diri, kena ada kesungguhan.

"Jangan tunggu permaidani merah turun," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS