Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pena jadi senjata melawan peluru di Aleppo
Diterbitkan:  Dec 14, 2016 4:49 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Dunia pada hari ini telah melihat kemusnahan Aleppo yang dibom dengan dahsyatnya.

Hari ini dilaporkan kira-kira 100 kanak-kanak terperangkap di dalam bangunan yang ranap itu, manakala 80 orang awam dilaporkan dibunuh tentera kerajaan yang sedang giat mahu menawan kembali kubu kumpulan pemberontak di situ.

Di sebalik pelbagai imej ngeri dan kejam itu, kartunis di seluruh dunia bertindak balas dengan cara yang paling mereka mahir - mentafsir krisis itu dari sudut lukisan.

Antara kartunis itu ialah Rob Rogers dari AS, Patrick Chappatte (Paksistan), Peter Brookes (United Kingdom), Emad Hajjaj (Amman), Carlos Latuff (Brazil) dan Stephff (Bangkok).

Turut menunjukkan keprihatinan ialah Yaser Ahmad (Syiria), Swaha (Lubnan), Shadi Ghanim (Emiriah Arab Bersatu) dan Habib Haddad ( Lubnan).

Gambar yang dimuat naik melalui media sosial itu dikongsi orang ramai sebagai cara mereka menyatakan pendirian terhadap kemusnahan yang berlaku secara meluas di Aleppo.

Secara umum kartun itu bersifat kritis dan pelukis menyampaikan kecaman mereka secara lelucon. 

Antara tokoh yang dikecam adalah Presiden Russia Vladimir Putin dan hartawan AS, Donald Trump, yang akan mengangkat sumpan sebagai pengganti Barack Obama tidak lama lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aleppo pernah dikuasai kumpulan pemberontak yang bangkit melawan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun tentera rejim Syria membuat serangan balas dan berjaya mengusir pemberontak dari wilayah itu dan setakat ini hampir 100 peratus kawasan itu sudah jatuh ke tangan mereka.

Perkembangan itu turut meningkatkan kebimbangan apabila laporan mendakwa orang awam menjadi korban dalam pertempuran, selain tentera kerajaan dikatakan menembak mati mereka secara rambang.

Media sosial juga digunakan oleh penduduk Aleppo bagi menyampaikan berita keadaan mereka yang kian tersepit sama ada menggunakan teks atau video dengan hashtag #goodbyeAleppo.

Lihat Komen
ADS