Yahoo: 1 bilion akaun terjejas akibat kecurian data pada 2013
Yahoo semalam mendedahkan bahawa pencerobohan ke atas sistem komputernya pada tahun 2013 telah menjejaskan lebih daripada 1 bilion data pengguna.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia memberitahu pengguna yang berpotensi terjejas dan telah mengambil langkah-langkah untuk melindungi akaun mereka, termasuk mengkehendaki mereka menukar kata laluan.
Yahoo juga telah membatalkan soalan dan jawapan keselamatan supaya ia tidak boleh digunakan untuk mengakses akaun, kata kenyataan itu.
Syarikat itu berkata ia mendapat tahu tentang serangan itu bulan lalu selepas pegawai penguatkuasa undang-undang menyediakan kepadanya fail data di mana satu pihak ketiga mendakwa adalah data pengguna Yahoo.
"Berdasarkan analisis lanjut data ini oleh pakar forensik, kami percaya pihak ketiga yang tidak dibenarkan, telah pada bulan Ogos 2013, mencuri data lebih daripada satu bilion akaun pengguna," kata kenyataan itu.
"Yahoo belum dapat mengenal pasti pencerobohan yang berkaitan dengan kecurian ini," tambahnya.
Serangan itu adalah berasingan daripada yang didedahkan pada bulan September yang melibatkan data mengenai 500 juta pengguna Yahoo. Serangan itu berlaku pada tahun 2014.
Maklumat yang dicuri dalam pencerobohan pada 2014 itu mungkin termasuk nama, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir, kata laluan dan mungkin soalan dan jawapan keselamatan, Kata syarikat itu pada bulan September.
Serangan yang baru didedahkan itu melibatkan maklumat pengguna yang lebih sensitif, termasuk soalan keselamatan. [Baca berita penuh]
- dpa

