Kesetaraan pendapatan isi rumah antara masyarakat Cina di Malaysia lebih besar berbanding kaum lain, menurut pakar ekonomi.

Muhammed Abdul Khalid berkata berdasar koefisien Gini – yang digunakan sebagai penanda aras ketidaksetaraan – menunjukkan jurang pendapatan di kalangan masyarakat Cina sebanyak 0.405 peratus.

Ia menandakan jurang besar dalam masyarakat itu.

“Ini diikuti oleh India, kemudian Melayu,” katanya dalam forum di Shah Alam malam tadi.

Penulis buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia itu berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan kejayaan ekonomi orang Cina berbanding Melayu.

Muhammed berkata, walaupun ada jurang antara dua kaum itu, hanya sebahagian kecil masyarakat Cina yang kaya.

“Kira-kira tujuh dari 10 orang Cina adalah pekerja, sama seperti bumiputera,” katanya.

[Baca berita asal]