Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan bahawa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjana perolehan RM1.7 bilion daripada aktiviti penjualan tanah sejak tahun 2008.

Sambil menyifatkan ia sebagai tafsiran yang salah, ujar, pihaknya mahu memperbetulkan dakwaan dan tuduhan yang tersiar dalam beberapa akhbar yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN).

"Ini tidak benar. Dari 2008-2015, PDC menjual tanah untuk tujuan perindustrian dan pembangunan bercampur bernilai RM1.94 bilion," jelas Lim dalam kenyataan hari ini.

"PDC mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM 147 juta dari jualan tanah bernilai RM 1.94 bilion," tambahnya.

Menurut Lim, PDC akan menggunakan keuntungan bersih itu untuk pembangunan ekonomi bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan pelabur.

Pulau Pinang juga akan membuat destinasi pilihan pelancong dan bandar yang sesuai didiami.

Mengulas lanjut, kata Lim lagi, keuntungan PDC mampu menjadi lebih tinggi jika agensi kerajaan negeri itu dibenarkan untuk menjual tanah-tanah miliknya pada harga lebih tinggi.

"Bagaimanapun, PDC tidak boleh berbuat begitu kerana perlu melaksanakan tugas berkanun bagi menjana pembukaan kilang-kilang baru demi peluang pekerjaan dan perniagaan untuk Pulau Pinang.

"Ia juga mesti menarik minat peruncit seperti IKEA dan kedai runcit premium lain, universiti dan hospital untuk mengembangkan sektor perkhidmatan dan pelancongan," jelas Lim.

[Baca berita penuh]