Penyokong PAS meninggal dunia, tidak sempat ikuti ucapan Hadi
Seorang penyokong PAS yang ingin mengikuti perasmian muktamar parti itu hari ini meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kawasan letak kereta di tempat persidangan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu.

Polis berkata kejadian itu berlaku pada jam 10.30 pagi ketika Azamiruddin Awang, 29, cuba mencari ruang meletak kereta.
Ketika itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir selesai menyampaikan ucapan dasar semasa merasmikan muktamar tahunan parti itu.
Selepas gagal mendapatkan tempat meletak kereta, beliau cuba mencari di tempat lain dan tiba-tiba beliau terlepas stereng kereta dipercayai akibat serangan jantung.
Isterinya Nurul Akma Mohamad, 28, telah mematikan enjin kereta sebelum menghubungi bapa mentuanya.
Azamiruddin disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah klinik swasta berdekatan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.