Najib: Kapal pengiring bersenjata boleh lalui perairan Msia
Terjemahan Kapal pengiring bersenjata akan dibenarkan melalui wilayah perairan Selat Melaka Malaysia tetapi operasi mereka akan diawasi dan dikawalselia, kata Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Terjemahan Kapal pengiring bersenjata akan dibenarkan melalui wilayah perairan Selat Melaka Malaysia tetapi operasi mereka akan diawasi dan dikawalselia, kata Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa pegawai kanan pertahanan telahpun menyuarakan bantahan mereka terhadap penggunaan kapal pengiring bersenjata bagi melindungi kapal dagang yang melalui Selat Melaka daripada ancaman lanun.
Bagaimanapun, AFP memetik Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberitahu sesi pleno kelima sebuah persidangan keselamatan antarabangsa di Singapura hari ini, bahawa Malaysia dengan 'berat hati' membenarkan mereka melalui perairannya.
Bercakap di persidangan yang dihadiri lebih 20 menteri pertahanan dari rantau Asia Pasifik, beliau berkata, perkhidmatan itu harus disediakan di luar wilayah perairan Malaysia dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Memandangkan keadaan selat itu, besar kemungkinan perkhidmatan pengiring ini nanti pada titik tertentu memasuki perairan wilayah.
"Kita tertakluk di bawah rejim Selat untuk membenarkan mereka melalui perairan itu...iaitu laluan yang terus menerus serta cepat dan cekap," kata Najib dalam ucapannya yang bertema "Meningkatkan Kerjasama Keselamatan Maritim".
Najib menyatakan kebimbangan Malaysia mengenai kemungkinan kapal-kapal pengiring bersenjata yang melalui Selat Melaka itu, menggunakan sistem senjata serangan yang lebih besar.
Oleh itu, katanya, adalah penting, peranan syarikat keselamatan swasta diawasi dan dikawalselia dan "mereka tidak boleh mencerobohi kedaulatan negara kita".
Syarikat dari Singapura
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Malaysia, Datuk Othman Talib, memberitahu agensi berita Bernama April lalu, bahawa mana-mana kapal pengiring bersenjata swasta yang mengiringi kapal dagang di Selat Melaka, akan ditahan.
Bernama juga melaporkan Othman sebagai berkata, anak kapal berkenaan akan dikategorikan sebagai "pengganas" atau "tentera upahan" dan akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Mereka tidak mempunyai kuasa dalam negara ini dan ianya melanggar kedaulatan wilayah kita," katanya.
Salah sebuah syarikat keselamatan yang sudahpun beroperasi di Selat Melaka, Background Asia Risk Solutions yang berpangkalan di Singapura, telah menegaskan yang operasinya adalah sah mengikut klaus "transit".
Menurut Background Asia, syarikat itu menyediakan "khidmat pengiring bersenjata terulung di Asia Tenggara bagi melindungi harta maritim" bagi mengiringi kapal-kapal yang belajar di antara Sri Lanka dan Laut China Selatan.
Syarikat tersebut menggunakan perkhidmatan bekas tentera dari Singapura dan dari tempat lain yang menjalankan tugas dengan bersenjatakan rifel M-16 and M-4.
Terdapat sehingga enam syarikat pengiring bersenjata yang lain yang telah lama beroperasi atau dalam proses ditubuhkan di Singapura, kata sumber-sumber industri kepada AFP bulan lalu.
Industri pengiring bersenjata semakin berkembang di tengah-tengah kebimbangan terhadap serangan lalun di selat sepanjang 960-kilometer itu. AFP.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.