Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat Rusia terhempas dalam perjalanan ke Syria
Diterbitkan:  Dec 25, 2016 4:12 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Sebuah pesawat tentera Rusia yang membawa 92 penumpang terhempas di Laut Hitam dalam perjalanan ke Syria, lapor agensi-agensi berita Rusia pada hari Ahad.

Agensi-agensi Rusia, memetik sumber keselamatan yang tidak dinamakan, berkata pesawat TU-154 terhempas di laut berhampiran bandar Rusia selatan, Sochi selepas hilang daripada radar.

Pesawat itu membawa anggota perkhidmatan Rusia dan kumpulan pemuzik tentera terkenal Alexandrov ke pangkalan udara Rusia di Syria bagi menghiburkan anggota tentera menjelang tahun baru, agensi berita RIA memetik kementerian pertahanan.

Pesawat itu membawa 84 penumpang dan lapan anak kapal termasuk sembilan wartawan Rusia, kata agensi itu.

Serpihan pesawat dijumpai pada kedalaman 50 hingga 70 meter pada jarak kira-kira 1.5 kilometer daripada pantai Rusia.

Agensi berita RIA Rusia, memetik sumber keselamatan yang tidak dikenali sebagai berkata data awal menunjukkan pesawat itu terhempas kerana kerosakan teknikal atau kesilapan juruterbang.

Sementara itu, agensi berita Interfax memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata pesawat itu tidak menghantar isyarat SOS.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata kepada pemberita, masih terlalu awal untuk menyatakan punca kemalangan itu.

Beliau berkata presiden Vladimir Putin telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini nahas tersebut.

Lihat Komen
ADS