Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng, berhenti angkuh dan hormati media - Wanita MCA
Diterbitkan:  Dec 27, 2016 3:53 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Wanita MCA menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar berhenti menunjukkan sikap angkuh dan menghormati media tempatan, bukannya menuduh tidak mendapat liputan yang mencukupi.

Ketuanya, Heng Seai Kie dalam kenyataan hari ini berkata, dakwaan terkini Lim terhadap Sin Chew Daily adalah ironis sambil memaparkan berapa banyak media berbahasa Cina yang secara tidak langsung menyumbang kepada kejayaan Pakatan Rakyat dan DAP pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

"Ketua Menteri Pulau Pinang harus faham terdapat perbezaan antara maruah dan keangkuhan. Beliau perlu faham peranan media untuk melaporkan berita dan isu-isu semasa dan bukan didorong personaliti atau ikon.

"Pendek kata, Lim Guan Eng perlu belajar bahawa media seharusnya diberikan kebebasan, etika dan profesionalisme," ujar beliau.

Tambah Heng, 'keangkuhan semula jadi' Lim juga telah tersalah tafsir rasa rendah diri di kalangan masyarakat Cina.

"Walaupun ada yang mendakwa terdapat kualiti dalam Guan Eng yang mungkin dikagumi, bagaimanapun, ketidak matangan beliau menjadikannya tidak layak untuk menjadi pemimpin sebenar masyarakat Cina Malaysia atau rakyat Malaysia yang berbilang kaum," tegasnya.

"Beliau sendiri mendedahkan dirinya menjadi pemberontak tempur tetapi tidak mempunyai kualiti dan nilai-nilai pemimpin sebenar," kata Heng lagi.

Minggu lalu, Sin Chew Daily dilaporkan memberi maklum balas terhadap beberapa siri aduan oleh pembantu Lim mengenai liputan mereka, menjelaskan pandangan yang tidak munasabah dan tidak berasas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS