Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RSF gesa k'jaan gugurkan semua tuduhan ke atas Zunar
Diterbitkan:  Dec 28, 2016 12:30 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mahu pihak berkuasa menggugurkan semua tuduhan terhadap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque.

NGO yang berpangkalan di Paris itu turut menggesa kerajaan agar tidak menggunakan Akta Hasutan untuk mengancam dan menakut-nakutkan Zulkiflee - lebih dikenali sebagai Zunar - dan wartawan lain.

"Kami menggesa penarikan segera dan tanpa syarat semua tuduhan terhadap kartunis ini dan kami menggesa pihak berkuasa Malaysia berhenti menggunakan Akta Hasutan untuk menakut-nakutkan dan mengancam wartawan," kata ketua editor RSF, Virginie Dangles dalam satu kenyataan semalam.

Malaysia kini menduduki tempat ke-147 daripada 180 negara dalam senarai Indeks Kebebasan Akhbar Dunia RSF 2016.

Kes terbaru membabitkan Zunar ditangkap dalam satu majlis di Kuala Lumpur dua minggu lalu. Acara itu diadakan untuk mengumpul dana bagi kartunis tersebut, yang mengalami kerugian selepas polis merampas karya-karyanya di Pulau Pinang tiga minggu lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS