Pelajar universiti tuntut semula hak mereka
Terjemahan Buat pertama kalinya sambutan Hari Hak Pelajar dibuka kepada umum tahun ini dalam usaha mengembalikan kebebasan pelajar universiti menyertai aktiviti yang kini terhalang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Terjemahan Buat pertama kalinya sambutan Hari Hak Pelajar dibuka kepada umum tahun ini dalam usaha mengembalikan kebebasan pelajar universiti menyertai aktiviti yang kini terhalang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Hari Hak Pelajar selama ini diraikan oleh sekumpulan aktivis pelajar mulai tahun 2000. Sempena sambutan tahun ini, sebuah forum bertajuk "ISA, Auku dan Hak Pelajar" akan turut diadakan esok.
Forum yang akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur, akan bermula dengan persembahan multi-media jam 8.30 malam.
Tarikh tersebut juga kebetulan jatuh pada hari penangkapan ISA 7 tujuh pelajar universiti yang
ditahan pada 8 Jun 2001 kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram anti-ISA.
Ahli penal di forum tersebut ialah Mohd Iqbal Jusoh, bekas presiden Persatuan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan peguam Amer Hamzah yang mewakili kes pelajar terbabit.
Forum itu juga bertujuan untuk menceritakan mengenai liku-liku berduri yang terpaksa dihadapi oleh aktivis pelajar dalam mendapatkan keadilan apabila mereka ditahan.
Sebagai contohnya, perbicaraan kes 7 telah ditunda sebanyak lapan kali sebelum ianya bersambung pada bulan Julai 2003. Kesemua mereka dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Forum tersebut dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang sebelum ini dikenali sebagai Gerakan Anti-ISA kumpulan aktivis pelajar dari pelbagai universiti yang mengambil berat mengenai isu-isu politik negara.
Penyelarasnya, Hoon Chia Ming berkata pihaknya sedar agak sukar untuk mengumpulkan lebih ramai pelajar untuk menyertai sambutan pada tahun ini kerana sekarang cuti semester.
"Bagaimanapun, tahun depan, kita merancang untuk melancarkan kempen ini sebulan sebelum sambutan hari ini diadakan untuk membangkitkan kesedaran mengenai signifikan dan implikasi dalam memulihkan ekonomi di negara ini," katanya.
Aktiviti SMM termasukkah mengadakan kempen bebas sewaktu pilihanraya umum 2004 dan mendraf resolusi menuntut supaya pilihanraya kampus di universiti awam dijalankan secara bebas dan adil.

