Anwar sambut baik tawaran ketuai barisan pembangkang
Terjemahan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini tidak dibenarkan aktif dalam politik, hari berkata beliau menyambut baik tawaran daripada parti PAS untuknya mengetuai barisan pembangkang.
Terjemahan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini tidak dibenarkan aktif dalam politik, hari berkata beliau menyambut baik tawaran daripada parti PAS untuknya mengetuai barisan pembangkang.
"Saya menyambut baik kesedian PAS untuk terus bekerjasama dengan parti-parti pembangkang untuk mempertahankan demokrasi dan keadilan sejagat," kata Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Secara peribadinya, katanya, beliau terharu dengan kepercayaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mereka akan bekerjasama dalam usaha untuk mempertahan kebajikan rakyat dan negara kita.
Abdul Hadi telah menggesa Anwar supaya mengetuai usaha untuk menumpaskan barisan parti kerajaan yang diketuai oleh Umno.
Tawaran tersebut adalah sebahagian daripada pembaharuan untuk memperluaskan lagi penerimaan rakyat terhadap PAS, yang telah memilih barisan kepimpinan muda dan bersikap sederhana selepas kepimpinan ulama lamanya dikritik hebat selepas kekalahan teruk tahun lalu.
Anwar merupakan timbalan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum beliau dipecat pada 1998 dan kemudiannya dihukum penjara atas kesalahan salahkuasa kuasa dan liwat, yang didakwa Anwar, sengaja direka untuk menghalangnya daripada mencabar Mahathir.
Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan dan hukuman bagi tuduhan liwat September lalu dan membebaskan Anwar selepas enam tahun menjalani hukuman penjara.
Bagaimanapun, rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bagi tuduhan salahguna kuasa telah ditolak mahkamah, menyebabkan beliau tidak boleh aktif dalam politik selama lima tahun sehinggalah April 2008.
Pilihanraya umum akan datang dijadual diadakan pada tahun yang sama dan Abdul Hadi berkata, memandangkan Anwar telah menjadi mangsa konspirasi politik, dan telah menjalani hukumannya, maka kerajaan patut menarik balik larangan tersebut.
Cita-cita tidak diketahui
Sejak dibebaskan dari penjara, Anwar enggan berterus terang mengenai cita-citanya selepas ini.
Katanya, beliau akan kekal bersama pembangkang dan tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti pemerintah, yang menurutnya, untuk membanteras sistem politik yang rasuah.
Sebelum pemecatannya, Anwar dijangka menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri. Tetapi PKR tidak mungkin dapat menyediakan platrom untuk memulihkan semula cita-citanya itu.
Sejak mencapai kemerdekaan, semua perdana menteri Malaysia datangnya daripada parti pemerintah Umno yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Wan Azizah.
Popular PAS merosot sejak kebelakangan ini dan parti itu mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2004, sehingga mencetuskan perubahan dalam kepimpinan baru PAS dalam pemilihan minggu lalu.
- AFP

