Kjaan akan tingkatkan kawalan keselamatan di Selat Melaka
Terjemahan Malaysia mahu masyarakat antarabangsa membantu meningkatkan keselamatan di Selat Melaka daripada ancaman lanun dengan menyediakan kawalan dari udara, demikian menurut satu laporan hari ini.
Terjemahan Malaysia mahu masyarakat antarabangsa membantu meningkatkan keselamatan di Selat Melaka daripada ancaman lanun dengan menyediakan kawalan dari udara, demikian menurut satu laporan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedang mendapatkan bantuan masyarakat antarabangsa di segi meningkatkan kapasiti, terutama menyediakan rondaan dari udara.
Rondaan udara akan membabitkan pasukan keselamatan negara-negara bersempadan dengan selat tersebut, katanya merujuk kepada Malaysia, Indonesia and Singapore.
Bagaimanapun, menurut laporan akhbar The Star hari ini, Najib berkata, jika masyarakat antarabangsa bersedia membantu "ia tidak harus menjejaskan kedaulatan negara dan integriti wilayah negara-negara sempadan."
Menurutnya, tanggungjawab utama untuk menjamin keselamatan di Selat Melaka masih di tangan negara-negara bersempadan dengannya.
Selepas bertahun-tahun wujudnya bantahan terhadap pembabitan besar negara-negara lain dalam melindungi Selat Melaka, Najib memberitahu persidangan antarabangsa di Singapura minggu lalu, bahawa negara dengan kepentingan perdagangan besar di Selat Melaka, seperti Jepun dan Amerika Syarikat, akan diminta membantu meningkatkan kapasiti melindungi selat tersebut.
Najib berkata, Malaysia menyambut baik sokongan pasukan latihan bergerak Amerika di Pasifik serta negara-negara seperti Jepun untuk berkongsi maklumat dan sistem radar yang berteknologi tinggi.
Usaha hapus lanun
Sementara itu, Panglima Tentera Laut Malaysia, Laksamana Datuk Ilyas Din berkata, pihak berkuasa sudah mengesan pangkalan lanun dan akan bekerjasama dengan negara jiran Singapura dan Indonesia untuk memburu mereka.
Ilyas berkata, wilayah di utara dan selatan Selat Melaka, terutama perairan Singapura, telah dikenalpasti sebagai tempat persembunyian lanun.
"Setakat ini, kami masih perlukan bukti kukuh. Kami mengesyaki pangkalan mereka terletak di dua kawasan berkenaan, berdasarkan kepada kekerapan berlakunya ancaman lanun di situ," katanya kepada Bernama.
Najib telah mencadangkan supaya tiga negara berjiran itu bekerjasama untuk menghapuskan lanun di tempat sumbernya, daripada di laut yang terbuka di mana mereka menyerang kapal-kapal perdagangan yang melaluinya.
Selat Melaka merupakan salah satu perairan paling penting di dunia, dengan 50,000 kapal yang membawa satu pertiga daripada jumlah perdagangan dunia, melalui setiap tahun.
Bagaimanapun, kapal dagang yang melalui selat sepanjang 960 kilometer dan 1.2 kilometer lebar itu sering berdepan dengan ancaman lanun.
- AFP

