Sebanyak 45 sekolah ditutup di Kelantan hari ini membabitkan tiga daerah berikutan banjir yang belum pulih.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam kenyataannya berkata sejumlah 38 sekolah ditutup di daerah Pasir Mas, enam sekolah di daerah Tumpat dan sebuah sekolah di daerah Pasir Puteh.
Sekolah yang ditutup di daerah Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, SABK Diniah Bongor, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SK Gual Tinggi.
SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok, SK Gual Periok, SK Batu Jarum, SK Barol Pial, SK Kubang Kuau, SMK Barol Pial, SK Tok Sangkut, SABK Al-Balaghul Mubin, SK Gual Periok, SK Gelang Mas, SK Kepas, SMK Perempuan, SK Banggol Petai, SK Tanjung Chenak, SK Bukit Perah, SK Sri Kiambang, SK Mekasar, SMK To' Uban, SK
Kubang Chenok, SK Meranti, SMK Sultan Ibrahim dan SMK Meranti.
Enam sekolah di daerah Tumpat pula adalah SABK Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Simpangan, SK Bendang Pa' Yong, SK Pulau Beluru, SK Telok Jering dan SK Padang Mandol.
Sebuah sekolah di daerah Pasir Puteh yang ditutup iaitu SK Gong Manak. Penutupan semua sekolah berkenaan berikutan sekolah atau laluan ke sekolah ditenggelami banjir dan berbahaya kepada pelajar dan guru. -Bernama
