Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: Kelantan makin buruk, T'ganu mula pulih

Keadaan banjir di pantai timur terutama Kelantan bertambah buruk dengan hampir 21,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi ini.

Sejumlah 12,636 penduduk daripada 4,307 keluarga di Kelantan ditempatkan di 62 pusat pemindahan di lapan jajahan.

Sementara sebanyak 45 sekolah di Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh ditutup.

Situasi di Terengganu semakin baik dengan 8,313 mangsa daripada 2,414 keluarga ditempatkan di 117 pusat pemindahan di tujuh daerah.

Keadaan yang semakin pulih itu membolehkan 41 daripada 63 buah sekolah yang ditutup semalam dibuka seperti biasa hari ini.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang pula dilapor masih melepasi
paras bahaya iaitu sembilan meter (m) (10.17m paras bahaya), namun menunjukkan trend penurunan pagi ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di ttp://ebanjir.kelantan.gov.my.

Di Sabah, jumlah mangsa di daerah Pitas kekal 281 orang daripada 67 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata 10 buah
sekolah di Pitas ditutup hari ini selepas dilanda banjir sejak semalam.
Paras Sungai Kebatasan berada pada paras berbahaya iatu 5.98 meter manakala Sungai Bengkoka berada pada paras amaran 3.91 meter.
-Bernama

Lihat Komen
ADS