Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
2 penjuru Najib 'bungkus', 3 penjuru HARAPAN menang

Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh mendapat sokongan mencukupi bagi mengalahkan BN walaupun berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang, kata Rafizi Ramli.

Bagaimanapun bacaan naib presiden PKR itu hanya akan berlaku jika pilihan raya umum (PRU) diadakan selepas Mei nanti.

Ketika ini, kata Rafizi, kelebihan masih memihak kepada BN berbanding pembangkang walaupun kadarnya kecil.

"Menjelang Mei nanti kelebihan akan beralih kepada HARAPAN.

"Kalau pertandingan dua penjuru, sekarang pun (jika diadakan PRU), Datuk Seri Najib Razak boleh bungkus," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Penilaian itu, kata anggota parlimen Pandan berkenaan, dibuat berdasarkan keadaan sokongan yang semakin menurun untuk BN dan sebaliknya bertambah bagi HARAPAN.

Pada masa sama, Rafizi mengingatkan, peralihan sokongan yang menguntungkan pembangkang itu hanya berlaku jika mereka memfokuskan serangan kepada BN dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika ini.

Pembangkang juga, katanya, perlu mengelakkan isu yang merugikan mereka sendiri seperti membincangkan persoalan siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Rafizi membuat kenyataan itu bagi menafikan laporan Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times yang menjangkakan Najib akan dapat mengekalkan kerajaannya selepas PRU ke-14 jika ia diadakan pada suku ketiga tahun ini.

Cabang penyelidikan akhbar ekonomi antarabangsa Financial Times itu juga percaya persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan siap menjelang akhir suku kedua.

"Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihan raya umum akan datang walaupun terpalit dengan skandal rasuah 1MDB.

"Proses persempadanan semula yang berjaya dan pembangkang yang berpecah bermakna peluang untuk perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia," katanya dalam satu kertas penyelidikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS