Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MyEG dapat projek RM553.85 juta dari KDN
Diterbitkan:  Jan 6, 2017 8:14 AM
Dikemaskini: 12:16 AM

My E.G. Services Bhd (MyEG) dapat projek bernilai RM553.85 juta bagi menyediakan pembaharuan dalam talian pas kerja sementara pekerja asing untuk Jabatan Imigresen Malaysia.

Syarikat tersebut telah menerima surat setuju terima daripada Kementerian Dalam Negeri hari ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

"Tempoh projek ini ialah selama lima tahun bermula dari 23 Mei 2015 sehingga 22 Mei 2020. Nilai anggaran projek ialah sebanyak RM553.85 juta," katanya.

Katanya, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 dan seterusnya

- Bernama

Lihat Komen
ADS