Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mohon maaf kepada Bahri, kata peguam Dr M kepada SPRM
Diterbitkan:  Jan 6, 2017 11:48 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memohon maaf dengan segera kepada bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohamad Zin dan rakyat negara ini kerana didakwa mengeluarkan kenyataan palsu.

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla berkata, pihaknya turut kesal dengan apa yang didakwa beliau sebagai pendustaan terang-terangan oleh agensi kerajaan seperti suruhanjaya itu.

"Wahai rakyat yang prihatin, adalah jelas dinyatakan oleh Bahri bahawa unit media ataupun mana-mana pihak lain SPRM tidak pernah menghubungi beliau untuk penjelasan.

"SPRM telah sebenar-benarnya memberi kenyataan palsu dan menyeleweng bagi tujuan khusus untuk cuba secara jahat menidakkan impak kenyataan Bahri.

"Adalah amat dikesali dalam sebuah negara yang berteraskan konsep demokrasi berparlimen dan telah 60 tahun merdeka, masih terdapat agensi kerajaan seperti SPRM yang melakukan pendustaan terang-terangan," kata beliau dalam catatan di Facebooknya.

Semalam, Bahri menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.

Sebelum ini, SPRM menerusi kenyataan media yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.

Malah, kata Bahri, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.

"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS