McD dilapor turunkan notis kek diperakui halal di Miri
McDonald's mengarahkan restorannya di Miri, Sarawak membuang notis yang hanya membenarkan kek diperakui halal sahaja dibawa masuk ke premisnya, dakwa setiausaha politik ketua menteri.
Michael Tiang berkata hanya McDonald di tempat itu sahaja yang mengikut jejak langkah cawangannya di semenanjung Malaysia dengan menampal pemakluman itu.
“Mereka menerima arahan daripada ibu pejabat untuk menurunkan notis itu selari dengan semangat tolak ansur di Sarawak,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Borneo Post.
Tiang menyifatkan tindakan itu sebagai “langkah bijak” sebagai reaksi terhadap bantahan kuat penduduk Sarawak.
Semakan akhbar itu mendapati beberapa cawangannya menafikan memaparkan notis itu sementara di Sibu ia hanya dipaparkan sebentar.
Ketika dihubungi rangkaian makanan segera itu enggan mengulas isu itu buat masa ini.

