Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Anina tak penuhi jangkaan jadi ketua Srikandi

Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin tidak dipilih sebagai ketua Srikandi (wanita) parti itu kerana prestasinya yang tidak memenuhi jangkaan, kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Apa yang berlaku ialah Anina tidak memenuhi sasaran yang kita harapkan, jadi keputusan itu adalah bahawa dia tidak akan dilantik sebagai Ketua Srikandi," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Shah Alam.

Anina bulan lalu mendakwa dia dilucutkan jawatan sebagai Ketua Wanita BERSATU dan percaya ia mungkin disebabkan dakwaan skandal seks terhadapnya.

Muhyiddin bagaimanapun berkata ia adalah perkara peribadi dan menegaskan bahawa Anina merupakan ahli pengasas penting yang masih dalam majlis tertinggi parti.

Beliau berharap Anina akan terus kekal dengan BERSATU.

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Anina tidak sepatutnya kecewa dengan parti itu hanya kerana perkara kecil.

"Saya sendiri sudah biasa ditendang keluar daripada parti-parti politik, tetapi akhirnya saya menjadi Perdana Menteri.

"Jangan tinggalkan perjuangan parti hanya kerana kita kecewa," kata Mahathir.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS