Mahkamah tolak kes pekerja Indonesia tanpa izin tidak dibayar gaji
Terjemahan Mahkamah Perindustrian di Selangor hari ini menolak kes 54 pekerja Indonesia yang mendakwa mereka tidak dibayar gaji atas alasan mereka masuk ke negara ini secara haram.
Terjemahan Mahkamah Perindustrian di Selangor hari ini menolak kes 54 pekerja Indonesia yang mendakwa mereka tidak dibayar gaji atas alasan mereka masuk ke negara ini secara haram.
Presidennya, Yaacop Mohd Yatim berkata, sebagai pendatang tanpa izin, mereka datang ke sini tanpa dokumen yang sah dan kerana itu, pihak mahkamah tidak boleh mendengar kes mereka.
Bagaimanapun, katanya, jika tidak pekerja berkenaan tidak puashati dengan keputusan tersebut, mereka boleh merayu di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari.
Keputusan hari ini memang dijangka selepas pekerja terbabit dimaklumkan sewaktu sesi timbangtara kedua di pejabat buruh bulan lalu mengenai status mereka itu.
Peguam mereka, Md Radzi Mustafa berkata jika mereka mahu membuat rayuan, maka Mahkamah Tinggi perlu memutuskan mengenai persoalan undang-undang, sekiranya perkara itu mahu dibawa sekali lagi ke mahkamah perindustrian.
"Mahkamah Tinggi perlu memutuskan sama ada pekerja tanpa izin itu mempunyak untuk bekerja dan dibayar gaji. Jika tidak ia akan menjadi duluan (precedent) bagi pihak-pihak lain yang tidak mempunyai dokumen yang sah," katanya.
Md Radzi berkata, beliau akan menasihatkan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan Menteri Buruh dan Transmigrasi, Fahmi Idris, yang mendapatkan khidmatnya, supaya mengemukakan rayuan.
Kurang bayaran
Mereka adalah antara 90 pekerja tanpa izin Indonesia yang mendakwa majikan mereka subkontraktor Sri Mega Jaya membayar gaji kurang RM150,000 selepas mereka bekerja di tapak pembinaan sebuah kondominium di Damansara Damai, Selangor.
Kontraktor utamanya ialah Plato Construction (M) Sdn Bhd yang dimilik sepenuhnya oleh MK Land Holdings sebuah syarikat tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.
Pekerja terbabit kemudiannya menulis surat menggesa Pengerusi Eksekutif Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar supaya membantu menyelesaikan masalah mereka.
Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Pusat Sumber Buruh (LRC) yang berpejabat di Malaysia terhadap Mustapha kerana mendakwa beliau menggunakan tenaga kerja pendatang tanpa izin dan tidak membayar gaji mereka.
MK Land, sebaliknya, menafikan yang mereka telah menggunakan tenaga kerja yang terdiri daripada pekerja yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Pada 18 Februari lalu, pekerja terbabit juga telah membuat aduan polis terhadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn selepas beliau membuat kenyataan bahawa Sri Mega Jaya telah menyerahkan wang gaji 90 pekerja terbabit yang berjumlah RM500,000, kepada seorang oran tengah yang kemudiannya telah menghilang diri.
Pekerja berkenaan telah pulang ke Indonesia sejurus sebelum tamatnya tempoh pengampunan yang berakhir pada 28 Februari lalu.
Tiga wakil pekerja terbabit, seorang wakil Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan penyelaras badan bukan kerajaan Migrant Care Alex Ong turut hadir di mahkamah hari ini.

