Sebuah mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas isteri suspek pengganas dari Malaysia yang disyaki terbabit dalam beberapa serangan bom, kerana merahsiakan maklumat mengenai tempat persembunyian suaminya.

Hakim mahkamah berkenaan di daerah Bangil di wilayah Jawa Timur mendapati Munfiatun bersalah kerana gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai tempat persembunyian suaminya, Noordin Mohammad Top, kata timbalan ketua mahkamah, chief, Sir Johan.

Munfiatun, didakwa merahsiakan maklumat mengenai suspek pengganas dan sering menghubungi Noordin yang menjadi pelarian polis.

Johan berkata, Munfiatun belum memutuskan sama ada akan merayu terhadap hukuman tersebut.

Sebelum itu, pihak pendakwa telah menuntut supaya mahkamah menjatuhkan hukuman empat tahun penjara ke atas Munfiatun, yang mengahwini Noordin Jun tahun lalu dan telah ditahan sejak September 2004.

Noordin dan rakannya seorang pakar bom, Azahari Husin dikehendaki di Indonesia kerana dituduh terbabit dalam serangan bom di Bali pada Oktober 2002, pengemboman sebuah hotel dan kedutaan Australian di Jakarta.

Serangan bom di Bali mengorbankan 202 orang, sebahagian besarnya pelancong asing, manakala serangan ke atas Hotel Marriott pada bulan Ogos 2003 mengorban 12 orang. Sepuluh orang lagi maut, termasuk seorang pengebom berani mati, ketika dia meletupkan kedutaan Australia September lalu.

Kesemua serangan tersebut didakwa dilakukan oleh rangkaian pengganas Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda.

- AFP