Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan “prahimpunan” bagi menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa presidennya di parlimen.

Himpunan itu akan diadakan pada Sabtu ini (14 Januari), kira-kira sebulan sebelum himpunan besar yang dirancang di ibu negara pada malam 18 Februari.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata himpunan minggu ini akan diadakan di Padang Blok E Desa Pandan di ibu negara.

Katanya himpunan itu diadakan bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

“Ia untuk mengambil inisiatif untuk menyertai satu mobilisasi rakyat mengadakan himpunan menyokong perlaksanaan RUU355,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS Kuala Lumpur.

Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia menyertai kedua-dua himpunan itu.

Bagaimanapun, acara anjuran PAS Wilayah Persekutuan hanya menyasarkan kehadiran 2,000 orang, berbanding 300,000 anjuran PAS pusat.

Bagaimanapun Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menegaskan himpunan tersebut tidak boleh diadakan di Dataran Merdeka dan mencadangkan Stadium Titiwangsa sebagai alternatif.

Lihat Komen
ADS