Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Selamatkan rakyat M'sia di S'pura dari hukuman mati'
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 2:47 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Seorang ahli parlimen menggesa kerajaan "segera campur tangan" untuk menyelamatkan rakyat Malaysia, Prabagaran Srivijaya di Singapura yang menghadapi hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah.

Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata Prabagaran, yang didapati bersalah pada tahun 2014 telah melalui semua proses rayuan dan menunggu hukuman mati dalam satu perbicaraan yang menimbulkan kebimbangan.

"Sabitan dan hukumannya menimbulkan kebimbangan serius terhadap proses keadilan perbicaraan dan rayuan," kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

"Dua orang saksi penting yang berada dalam kedudukan untuk menyokong Prabagaran sebagai tidak bersalah, tidak dipanggil atau disediakan oleh pihak pembelaan walaupun butir-butir penuh diberi kepada Biro Narkotik Pusat (CNB).

"Selain itu, pendakwa raya gagal mengeluarkan satu perakuan penting memihak kepada Prabagaran yang akan membolehkan beliau mengelakkan hukuman mati, walaupun dia telah bekerjasama dengan CNB dan dengan itu layak mendapat perakuan," kata ahli parlimen PKR itu.

Surendran mendakwa sabitan dan hukuman itu melanggar Artikel 9 (1) perlembagaan Singapura, yang menyatakan bahawa tiada seorangpun boleh dilucutkan nyawa atau kebebasannya kecuali mengikut undang-undang.

"Hak perbicaraan saksama dijamin dalam Perkara 10 dan 11 perisytiharan hak asasi manusia PBB dan artikel 14 dan 15 ICCPR," katanya.

Menurut Today Online, Prabagaran didapati bersalah membawa 22.24 gram heroin ke Singapura pada 22 September dan dihukum mati.

Beliau ditangkap pada awal pagi 12 April 2012 di Woodlands semasa memandu ke republik itu.

Ketika perbicaraan, Prabagaran yang berusia 27 tahun berkata tidak tahu mengenai  dadah yang ditemui pihak berkuasa di dalam keretanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS