Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak berbaloi amal rasuah, kata Annuar pada pegawai MARA
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 9:54 PM
Dikemaskini: 2:01 PM

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa hari ini mengingatkan kakitangan badan berkanun itu supaya tidak terjerumus dalam perangkap rasuah.

Merujuk siri tangkapan berprofil tinggi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, Annuar berkata adalah tidak berbaloi untuk terlibat dalam sebarang bentuk rasuah.

"Saya sentiasa memberitahu kalau meeting, nasihat saya, tak berbaloi buat kerja menyalahi undang-undang.

"Kita rasa boleh lepas, tapi orang kata tak mungkin kita boleh lepas sepanjang masa.

"Jadi ringkasnya tak berbaloi buat benda bersalahan dengan undang-undang. Tak berbaloi amalkan rasuah. Tak berbaloi abaikan amanah," tegas beliau dalam majlis bersama pegawai-pegawai MARA di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. 

Annuar juga berkata beliau berulangkali memberikan nasihat berdasarkan pengalaman peribadi disiasat atas dakwaan rasuah oleh badan antirasuah.

Pada tahun 2002, semasa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Annuar dilapor disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan melibatkan lebih RM30 juta yang diperuntukkan untuk Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS