Awas ketika membeli belah di Petaling Street
Awas! Anda mungkin menjadi mangsa tindakan ganas segelintir peniaga barangan tiruan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur jika anda enggan membeli barangan mereka setelah urusan tawar-menawar harga.
Awas! Anda mungkin menjadi mangsa tindakan ganas segelintir peniaga barangan tiruan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur jika anda enggan membeli barangan mereka setelah urusan tawar-menawar harga.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) telah menerima aduan orang ramai mengenai peniaga yang memukul dan juga memaki hamun pelanggan yang enggan membeli barangan tiruan yang ditawarkan.
"Kami memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang didapati bersalah," kata Pengarah Penguatkuasa KPDN&HEP cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Shahar Osman hari ini.
Semalam, katanya, pegawai penguatkuasa menyerbu beberapa premis di situ untuk menyiasat aduan dan merampas pelbagai barangan tiruan yang menggunakan jenama terkenal seperti Mont
Blanc, Fendi, Louis Vuitton, Gucci, Prada, Levi's dan Burberry.
Menurut Bernama, operasi yang diketuai oleh Penolong Pengarah Unit Perlindungan Harta Intelek cawangan Putrajaya Saiful Bahari itu, turut disertai 66 orang pegawai dari unit yang sama dari cawangan Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.
Operasi yang bermula jam 5 petang dan berakhir pada 1 pagi tadi itu adalah berdasarkan maklumat orang ramai mengenai aktiviti penjualan pelbagai barangan tiruan berjenama antarabangsa di situ.
Antara barangan tiruan yang dirampas adalah 187 beg kulit, 140 cakera padat, 384 jam tangan, 861 barangan kulit, 2,350 seluar jeans, 256 topi dan 230 minyak wangi.
"Jumlah nilai rampasan adalah RM321,000 dan kita berjaya menahan seorang lelaki yang dipecayai peniaga jam tangan tiruan manakala enam peniaga lagi berjaya melarikan diri," kata Mohd Shahar.

