Naib Canselor UM: Ketiadaan Gomez bukan satu kehilangan
Terjemahan Pemergian Prof Madya Dr Edmund Terrence Gomez meninggalkan Universiti Malaya (UM) bukanlah satu kehilangan kepada negara, kata Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob.
Terjemahan Pemergian Prof Madya Dr Edmund Terrence Gomez meninggalkan Universiti Malaya (UM) bukanlah satu kehilangan kepada negara, kata Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob.
Menurutnya, ini kerana Gomez masih lagi rakyat Malaysia dan membawa bendera Malaysia bersamanya, tidak kira di mana sahaja dia berkhidmat.
Malah, kata Dr Hashim, Gomez akan menjalankan tugas penyelidikannya nanti dalam kapasitinya sebagai seorang rakyat Malaysia.
Akhbar Sin Chew Daily memetik beliau sebagai berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana kakitangannya daripada berhenti sekiranya mereka mahu berbuat demikian.
"Begitu juga, jika saya hendak berhenti, jangan sekat saya kerana itu adalah keputusan saya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan stem sempena sambutan seratus tahun UM di Kuala Lumpur semalam.
Dr Hashim berkata, beliau sendiri pernah menerima tawaran bertugas di luar negara tetapi memilih untuk terus tinggal di Malaysia dan berkhidmat kepada negara kerana Malaysia adalah tanahairnya dan tempat beliau dibesarkan.
Mengenai kes Gomez, Naib Canselor itu berkata dia (Gomez) hanya menandatangani perjanjian dua tahun kontrak bertugas di Institut Penyelidikan bagi Pembangunan Sosial, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva.
Tetapi tambahnya, mana-mana individi mesti mengambil kira kepentingan pelajar dan negara mereka sebelum mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat.
Kehilangan pensyarah
Universiti itu menolak permohonan Gomez untuk mendapatkan cuti pelepasan selama dua tahun untuk bertugas di UNRISD.
Berikutan itu, Gomez terpaksa meletakkan jawatannya pada 8 Mei. Beliau akan berlepas ke Geneva pada 14 Jun ini.
Manakala isteri Gomez, Dr Sharmani Patricia Gabriel pensyarah bahasa Inggeris di UM juga gagal untuk mendapatkan cuti tanpa gaji. Sharmani membuat permohonan itu untuk membolehkan beliau dan anak-anaknya bersama Gomez di Geneva.
Bagaimanapun, permohonanya yang dibuat melalui emel pada 20 Mei, tidak diterima oleh pihak pentadbiran UM sebagai permohonan rasmi.
Ditanya mengenai penolakan permohonan cuti Sharmani, Naib Canselor UM itu sebalik bertanya: "Adalah beliau telah membuat permohonan?"
Hashim juga mengulangi matlamat UM untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia dan kerana itu, ia tidak mampu kehilangan tenaga pengajarnya kerana ia boleh menjejaskan kualiti pendidikannya.
Beliau juga menegaskan bahawa tanggungjawab utamanya sebagai Naib Canselor adalah untuk menarik lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran di universiti tertua di negara ini.
Reaksi Gomez
Sementara itu, dalam reaksinya, Gomez berkata beliau tidak pernah meletakkan kepentingan peribadinya mengatasi kepentingan universiti dan negara ini, ataupun memutuskan untuk berhenti dari universiti tersebut.
"Saya mahu menegaskan di sini bahawa ianya bukan keputusan saya untuk berhenti dari UM. Saya telah memohon untuk mendapatkan pelepasan selama dua tahun. Kita bersetuju ianya satu pilihan yang baik kerana ia memberi faedah bersama atas dua sebab," katanya kepada malaysiakini.
Pertama, Gomez berkata, beliau telah memberitahu Naib Canselor yang beliau akan cuba membabitkan penyertaan kakitangan akademik UM yang lain dalam projek PBB yang akan dimula dan diketuainya.
Kedua, katanya, beliau akan terus menyelia dan menyiapkan beberapa projek penyelidikan antarabangsa yang telah dimulakannya di UM.
Oleh itu, kata Gomez, tindakan menolak permohonannya itu bukan sahaja bermakna UM memaksanya meletakkan jawatan, tetapi Naib Canselor juga terlepas peluang yang baik untuk mengantarabangsakan UM.
Mengenai kenyataan Dr Hashim bahawa UM memerlukan khidmat para pensyarahnya, Gomez berkata, menjadi kelaziman dan penting bagi pensyarah terbabit dalam projek bertaraf antarabangsa kerana ia dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran penyelidikan dan pengajaran mereka.
"Naib Canselor patut mengambil pandangan yang jauh sebelum membuat keputusan. Dalam jangka masa panjang, ketiadaan saya (jika cuti diluluskan) di UM akan dapat memberi manfaat kepada pelajar saya dan juga pihak universiti," tambahnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.