Prof Zohadie jumpa KSU Kementerian Pengajian Tinggi
Prof Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie, akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohd Yahya Nordin berhubung kedudukannya sebabai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).
Prof Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie, akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohd Yahya Nordin berhubung kedudukannya sebabai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).
"Sebarang penjelasan akan diberitahu nanti. Tindakan yang bakal diambil akan dibincang kemudian," kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Shafie Salleh.
Lembaga Pengarah UPM sebelum ini dilaporkan telah meminta Muhamad Zohadie melepaskan jawatan berikutan tindakannya menghantar memorandum kepada kementerian berkenaan membantah pemindahan program Kejuruteraan Aeroangkasa dari UPM ke Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhamad Zohadie juga dilaporkan membacakan pantun yang mempersendakan Shafie dalam satu majlis di UPM.
Sebelum itu, Dr Shafie berkata, Kementerian Pengajian Tinggi berharap penaja biasiswa memberi peluang kepada para pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di luar negara ke peringkat tertinggi.
Menurut Bernama, Dr Shafie Salleh berkata ada sesetengah universiti di luar negara yang menawarkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah kepada pelajar yang cemerlang dengan segala kos pengajian ditanggung oleh universiti terbabit.
"Kadang-kadang ada 100 orang yang mohon untuk melanjutkan pelajaran tetapi hanya 10 orang ditawarkan dan satu daripadanya adalah untuk pelajar Malaysia. Tetapi pelajar itu disuruh balik kerana telah habis tempoh tajaan (pengajian terdahulu)," katanya.
Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berucap di majlis perhimpunan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran. Turut hadir Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Shafie berkata beliau akan berbincang dengan pihak penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Mara, Petronas dan Telekom untuk menaja pelajar cemerlang hingga ke peringkat tertinggi.

