UNHCR: Pelarian boleh bantu atasi kekurangan pekerja di Msia
Malaysia boleh menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 50,000 pelarian yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja serta atas faktor kemanusiaan, kata Persuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian.
Malaysia boleh menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 50,000 pelarian yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja serta atas faktor kemanusiaan, kata Persuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian.
Wakil UNHCR Dr Volker Turk berkata Malaysia kini kekurangan kira-kira 500,000 pekerja selepas Ops Tegas dilancarkan awal tahun ini bagi menangkap pendatang asing tanpa izin.
"Ia mungkin merupakan usaha kemanusiaan, keselamatan dan ekonomi jangka panjang Malaysia untuk membenarkan kira-kira 50,000 pelarian di sini memasuki sektor pekerjaan sebagai tenaga kerja asing yag sudah pun berada di negara ini," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan seminar meja bulat UNHCR mengenai penghijrahan dan status pelarian hari ini, Dr Turk berkata kini terdapat hampir 20,000 pelarian Aceh, 10,000 Rohingya, diikuti Chin dari Myanmar dan beberapa rakyat Nepal.
"Kerajaan mengumumkan akan memberi status menduduki sementara kepada Rohingya bagi membolehkan mereka bekerja secara sah dan mendapat akses kepada pendidikan dan rawatan kesihatan, tetapi belum dilaksana. Ramai kanak-kanak tidak langsung mendapat peluang pendidikan," katanya.
Perlu ditangani
Menurut laporan Bernama, Dr Turk berkata, pihak menyokong dan menunggu pelaksanaan keputusan kerajaan itu dan berharap ia akan diperluaskan kepada semua pelarian di negara ini,"
"Pelaksanaan keputusan ini boleh dianggap sebagai mewujudkan duluan di rantau ini, iaitu respons prakmatik terhadap kemanusiaan dan keselamatan kepada pelarian sedia ada," katanya.
Sementara itu Prof K.S. Jomo, penolong setiausaha agung PBB bagi Pembangunan Ekonomi yang berpejabat di New York berkata, Malaysia yang merupakan negara pengimport utama tenaga buruh perlu merangka dasar yang konstruktif bagi mengurus pekerja asingnya.
"Malaysia tidak mempunyai dasar penghijrahan yang berkesan walaupun mempunyai ramai penduduk asing.
"Ini tidak baik untuk ekonomi dan imej negara dan ia perlu ditangani secara lebih konstruktif dengan Malaysia mempunyai peranan penting untuk dimainkan," kata Jomo.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.