Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan robohkan sekatan Orang Asli

Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini membatalkan permohonan sebuah syarikat pembalakan untuk meruntuhkan sekatan anti-pembalakan yang didirikan oleh Orang Asli di kawasan penempatan mereka.

Menurut peguam Siti Kasim yang mewakili masyarakat Orang Asli itu, mahkamah memutuskan bahawa mereka mempunyai hak untuk menduduki tanah berkenaan.

"Mahkamah bersetuju bahawa Orang Asli adalah penduduk yang sah, ini bermaksud mereka berkuasa di kawasan itu.

"Syarikat itu gagal membuktikan bahawa mengikut kuasa permit atau lesen yang diberikan, mereka (syarikat) adalah pemilik tanah itu," kata Siti Kasim.

Syarikat Jajaran Wawasan Enterprise memfailkan permohonan di bawah Seksyen 99 Kanun Prosedur Jenayah berhubung tanah di Pos Balar dan mendakwa masyarakat Orang Asli di Gua Musang mendirikan sekatan yang menghalang aktiviti pembalakan mereka.

Siti berkata, kemenangan hari ini akan menjadi satu ‘precedent’ untuk kes lain yang berkaitan pertikaian hak tanah Orang Asli.

Malah, katanya, masyarakat Orang Asli di Gua Musang kini akan menggunakan Seksyen 99 untuk memfailkan kes mahkamah terhadap syarikat pembalakan berkenaan.

Kebanyakan aktiviti pembalakan yang disekat oleh masyarakat Orang Asli mempunyai permit yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kelantan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS