Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lim Guan Eng berkata, beliau tidak berhajat untuk berhujah dengan remaja dan seseorang yang tidak matang - termasuk seorang timbalan menteri - yang gagal memahami pandangannya.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kanak-kanak dan orang yang tidak matang hanya boleh memahami apa yang diperkatakannya apabila mereka dewasa.

"Mereka belum matang. Apabila mereka sudah matang, mereka akan faham apa yang saya cakap," katanya di sidang media di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam.

Kata Asyraf, "tindakan berani" seorang remaja lelaki membuat laporan polis terhadap Lim berhubung kenyataannya mengenai cadangan pindaan Akta 355 harus dipuji.

Katanya, tindakan Ahmad Ali Abdul Karim, 13, itu menunjukkan remaja terbabit "lebih memahami perlembagaan" walaupun masih muda.

"(Lim) Guan Eng seharusnya malu apabila seorang remaja berumur 13 tahun ini lebih memahami Perlembagaan negara.

"Saya ucapkan syabas kepada Ahmad Ali," katanya.

Terdahulu, Lim menggesa MCA, MIC dan SUPP meninggalkan BN ekoran sikap parti yang menjadi kerajaan itu terhadap cadangan pindaan Akta 355.

Khamis lalu dua anggota polis dari Ampang, Selangor, mengambil kenyataan Lim mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Menurut Lim, beliau hanya akan berhujah dengan Asyraf serta remaja berkenaan selepas kedua-duanya "cukup matang".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS