Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kementerian Pertanian diberi mandat bangunkan Maeps

Kabinet hari ini memberikan mandat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membangunkan Taman Ekspo Pertanian (Maeps) Serdang sebagai agro pelancongan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mandat tersebut diberikan selepas melihat kejayaan dan sambutan luar biasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 baru-baru ini.

"Kabinet setuju lepas kejayaan MAHA dimana kita lihat kehadiran sentiasa bertambah dan untuk menjadikan Maeps pusat agro pelancongan Kabinet meminta kita membuat pelan pembangunan baru," kata Shabery.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Wisma Tani, Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Shabery yang juga anggota parlimen Kemaman berkata selepas proses pembangunan semula Maeps, ia bakal menjadi tarikan utama penduduk Lembah Klang sebagai destinasi hujung minggu mereka.

Kata Shabery, ini kerana akan ada taman tema animasi di Maeps selain kemudahan yang lebih selesa kepada pengunjung.

"Bukan sahaja MAHA jadi tarikan utama tapi Maeps akan dijadikan pusat agro pelancongan yang bukan saja akan dikunjungi setiap dua tahun sekali tetapi setiap hujung minggu dan pada musim cuti sekolah.

"Maeps juga bukan hanya akan dikunjungi dua kali tahun tetapi setiap kali cuti sekokah dan hujung minggu," kata Shabery.

Kata Shabery, kementeriannya itu juga diberi tempoh tiga bulan bagi menyiapkan pelan pembangunan tersebut.

Lihat Komen
ADS