Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Shahrir: Cabar lapor ketirisan Felda 'macam budak-budak'
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 7:34 PM
Dikemaskini: 1:40 PM

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan gesaan supaya beliau membawa isu 'ketirisan' badan itu kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kebudak-budakan.

Katanya, perkara itu telah disiasat oleh ketua audit negara dan siasatan lanjut pihak berkuasa akan berjalan sendiri selepas itu, jika perlu.

“Kita ni mempunyai sistem penguatkuasaan, sistem perundangan.

“Jadi biasanya kalau selepas sesuatu jabatan diaudit oleh ketua audit negara, kalau difikirkan harus dilanjutkan dengan penyiasatan oleh pihak SPRM, ia akan dilaksanakan.

“Dan saya rasa ini sudah berjalan. Inilah, semua nak cabar itu ini, cakap sajalah (mereka ini),” katanya.

Beliau juga berkata sistem dalam negara ini akan berjalan sendiri dan badan-badan penguatkuasaan tidak perlu menunggu cabaran mana-mana pihak untuk “membuat kerja”.

“Ramai orang cuba buat kerja sendiri. Memang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tanggungjawab mereka, ketua audit negara dah buat dah siasat.

“Ala, macam budak-budaklah kita ini. Tak habis-habis,” katanya lagi.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), Akmal Nasir, mencabar Shahrir untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaannya berlaku ketirisan pada Felda.

Anggota parlimen Johor Bahru itu sebelum ini mengakui wujud ketirisan terutama dalam syarikat pelaburan agensi berkenaan, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Beliau juga mengarahkan semua anggota lembaga pengarah FIC meletak jawatan bagi membolehkan penyusunan semula syarikat dibuat.

FIC adalah anak syarikat Felda yang ditugaskan melakukan perusahaan bukan berkaitan perladangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS