Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebanyak 38 peratus daripada hampir 22,000 penyokong PAS yang menjawab suatu kaji selidik pilihan raya berkata, mereka lebih rela tidak mengundi jika pilihan mereka hanya BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

Kaji selidik oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mendapati, daripada 104,340 responden yang ditanya mengenai senario pertandingan tiga penjuru, 21 peratus akan mengundi PAS dan 24 peratus memilih HARAPAN- BERSATU, manakala 40 peratus lagi memihak kepada BN. Empat belas peratus lagi berkata mereka tidak akan mengundi.

Sokongan orang Melayu kepada PAS pula didapati berada pada tahap 25 peratus berbanding BN 40 peratus, dan HARAPAN-BERSATU 21 peratus.

Bagaimanapun, sekiranya pertembungan satu lawan satu antara BN dan HARAPAN-BERSATU, 39 peratus berkata mereka akan mengundi pakatan pembangkang, 23 peratus akan mengundi parti pemerintah, manakala 38 peratus tidak akan mengundi.

Sementara itu simulasi dilakukan I-CPI juga didakwa menunjukkan PAS akan kalah teruk pada PRU ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada 2018. PAS dikatakan gagal memenangi sebarang kerusi dalam lima simulasi berasingan.

Berdasarkan hasil kajian itu, didapati sokongan HARAPAN-BERSATU dan PAS adalah lebih popular berbanding BN.

Justeru Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menyarankan pemimpin PAS memberi pertimbangan serius kepada untuk mencari jalan supaya pertembungan pembangkang dan BN berlangsung secara satu lawan satu pada PRU14 nanti.

"PAS berada dalam mainan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memisahkan PAS dengan HARAPAN.

"Demi orang ramai dan rakyat, kita perlu mula merundingkan pertembungan satu lawan satu secepat mungkin," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi adalah tenaga penggerak I-CPI itu.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan memberitahu, jika PAS tidak mahu bekerjasama, masih ada harapan untuk pembangkang mengalahkan BN.

Simulasi I-CPI menunjukkan jika 38 peratus pengundi PAS memberi sokongan kepada HARAPAN-BERSATU sebagai tambahan kepada separuh pengundi baru yang menyokong gabungan pembangkang, serta sokongan pengundi Cina kekal pada tahap PRU13, maka HARAPAN-BERSATU akan memenangi 126 kerusi Parlimen, manakala PAS gagal menguasai mana-mana kerusi.

Menurut Rafizi, peralihan sokongan boleh dicapai jika penyokong PAS sedar undi yang diberikan kepada parti itu tidak akan membawa sebarang mana dan tidak dapat diterjemahkan kepada kemenangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS