Penduduk Msia: Lelaki lebih ramai daripada wanita
Jumlah penduduk di Malaysia meningkat kepada 26.128 juta orang pada suku kedua tahun ini berbanding 25.991 juta pada suku pertama.
Jumlah penduduk di Malaysia meningkat kepada 26.128 juta orang pada suku kedua tahun ini berbanding 25.991 juta pada suku pertama.
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Buletin Perangkaan Bulan Mei menyatakan daripada jumlah itu, 24.362 juta adalah penduduk bertaraf warganegara.
Daripada jumlah itu 16.06 juta terdiri daripada Bumiputera iaitu 13.190 juta Bumiputera Melayu dan 2.870 juta Bumiputera bukan Melayu. Kaum Cina pula mencatat 6.154 juta orang, India (1.834 juta) dan lain-lain kira-kira 312,000 orang.
Jika dibandingkan daripada segi gender, penduduk lelaki lebih ramai berbanding wanita iaitu 13.303 juta berbanding 12.825 juta.
Menurut laporan Bernama, Penduduk lelaki bertaraf warganegara seramai 12.618 juta orang manakala warganegara wanita berjumlah 12.044 juta orang.
Mengikut anggaran umur pula, kumpulan berusia 0-4 tahun paling ramai iaitu 3.055 juta, kumpulan umur 5-9 tahun (2.828 juta), 10-14 tahun (2.643 juta), 15-19 tahun (2.527 juta), 20-24 tahun (2.363 juta), 25-29 tahun (2.107 juta), 30-34 tahun (1.927 juta), 35-39 tahun (1.837 juta), 40-44 tahun (1.658 juta), 45-49 tahun (1.433 juta), 50-54 tahun (1.176 juta), 55-59 tahun (843,200), 60-64 tahun (612,000), 65-69 tahun (462,000), 70-74 tahun (306,400) dan penduduk berumur 75 tahun ke atas berjumlah 351,400 orang.

