Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penerbangan terus hubungkan Kunming - Kuala Lumpur
Diterbitkan:  Jan 23, 2017 7:23 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Syarikat penerbangan Lucky Air iaitu anak syarikat Kumpulan HNA melancarkan perkhidmatan penerbangan terus antara bandar Kunming di barat daya China dengan Kuala Lumpur, lapor agensi berita China Xinhua.

Pesawat Boeing 737-800 yang mampu menampung seramai 180 penumpang memulakan penerbangan pertamanya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chanshui Kunming pada Isnin pagi.

Menurut syarikat penerbangan itu, laluan terus akan beroperasi pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dengan tempoh perjalanan dianggarkan selama tiga jam 40 minit.

Pesawat akan berlepas pada 8.50 pagi dari Kunming dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 1.35 petang.

Ia merupakan laluan ke Malaysia yang ketiga selepas Kunming-Sabah dan Kunming-Pulau Pinang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS