Hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam Suraya Othman berkemungkinan menarik diri daripada mengendalikan kes seorang wanita yang menghadapi dua pertuduhan menggunakan sijil kematian palsu suaminya dan memperdayakan Timbalan Pendakwaraya untuk menarik balik pertuduhan.

Katanya, selepas meneliti pertuduhan pertama itu yang dikatakan berlaku di mahkamahnya, beliau berpendapat beliau tidak dapat mengendalikan kes itu kerana pendakwaan mungkin memanggil beliau atau jurubahasa sebagai saksi.

"Saya mungkin akan tarik diri dan arahkan kes ini dipindah ke mahkamah lain," katanya merujuk kepada kes S.Kumari, 40, yang mengaku tidak bersalah dengan niat curang telah menggunakan sebagai tulen satu sijil kematian bernombor C836454 atas nama Michael a/l Soosai yang dia ketahui dokumen itu adalah palsu ketika ia digunakan.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 Shah Alam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, Persiaran Pegawai di sini pada 25 Sept 2003.

Kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 466 Kanun yang sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kumari juga mengaku tidak bersalah menipu Timbalan Pendakwaraya Salehuddin Saidin dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa sijil kematian yang sama atas nama Michael a/l Soos