Pemilihan MT: Wanita Umno serah pada bahagian buat keputusan
Pergerakan Wanita Umno Malaysia berpendirian supaya bahagian-bahagian Umno diberi hak untuk menentukan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan Naib Presiden parti, Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pemilihan ahli MT dilaksanakan di peringkat bahagian.
Pergerakan Wanita Umno Malaysia berpendirian supaya bahagian-bahagian Umno diberi hak untuk menentukan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan Naib Presiden parti, Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pemilihan ahli MT dilaksanakan di peringkat bahagian.
"Kita rasa lebih baik dipulangkan ke bahagian-bahagian untuk bersetuju atau tidak dengan cadangan ini," kata ketua Datuk Seri Rafidah Aziz kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.
Katanya, pihak bahagian boleh kemukakan pendirian mereka kepada badan perhubungan Umno negeri masing-masing untuk membawa perkara ini kepada MT tentang apa yang dirasakan oleh ahli dan juga pindaan yang perlu dibuat.
"Eloklah bahagian yang buat keputusan kerana bila bahagian buat keputusan, ia akan sampai ke badan perhubungan Umno negeri dan badan ini tahu berapa bahagian yang setuju atau sebaliknya
"...(Bila perkara ini) sampai ke MT, kita tahulah hasrat ahli yang diwakili oleh bahagian ini. Kita tengok apa yang disetujukan oleh bahagian...cara lama atau bagaimana," katanya ketika ditanya mengenai cadangan tersebut.
Sementara itu, menurut laporan Bernama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sedang mengumpulkan pandangan dari ahli-ahlinya di peringkat negeri berhubung cadangan tersebut.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, segala pandangan berhubung usaha yang bertujuan mengekang gejala politik wang itu akan diambilkira oleh Pemuda Umno sebelum
mereka menyatakan pendirian berkenaan isu tersebut.
"Kita sedang mengumpulkan input dari peringkat negeri tentang cadangan itu. Kita akan mengkajinya sebelum membuat pendirian tentangnya. Pada masa yang sama, kita berharap ia tidak akan menimbulkan suasana perpecahan di dalam parti," katanya kepada pemberita di Kluang, Johor.
sini.
Isu mengenai cadangan Muhyiddin itu menjadi hangat apabila mesyuarat Badan Perhubungan
Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman menolaknya dengan alasan ia hanya akan memburukkan masalah politik wang dalam Umno.
Muhyiddin yang tidak hadir pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor Sabtu lalu itu kerana berada di luar negeri, mendakwa keputusan menolak cadangannya itu merupakan pandangan peribadi Abdul Ghani.
Usul baru pinda perlembagaan
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno dilaporkan berkata mesyuarat Umno Johor tersebut tidak mengambil sebarang keputusan sama ada menolak atau menyokong cadangannya itu.
Sementara itu, Rafidah berkata, Wanita Umno akan mengemukakan satu pindaan dalam perlembagaan parti bagi membolehkan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap cawangan seluruh negara secara automatik menjadi perwakilan cawangan ke mesyuarat agung bahagian masing-masing.
Katanya, cadangan itu adalah untuk menyelaraskan prosedur yang dilakukan di peringkat bahagian di mana ketua Wanita, Pemuda dan Puteri secara automatik menjadi perwakilan ke perhimpunan agung parti itu.
"Kita akan kemukakan (usul ini) kepada pucuk pimpinan dan terpulanglah bila parti akan buat pindaan.
"Jika usul itu dipersetujui, maka dengan automatik juga Ketua Puteri dan Ketua Pemuda menjadi sebahagian daripada perwakilan cawangan ke bahagian," katanya kepada pemberita selepas majlis Temu Murni Wanita Bestari anjuran Wanita Umno Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rafidah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata rasionalnya cadangan itu adalah untuk memastikan "suara" wanita turut didengar di peringkat bahagian.
"Kadangkala dalam masa pertandingan terutama bila ada pertandingan di peringkat pusat, pertandingan begitu sengit di peringkat cawangan sehinggakan wanita tak dengar suara dalam perwakilan ke bahagian kerana mereka kalah.
"Ini kerana wanita tak kuasa (tidak mahu) hendak begitu agresif dan sebagainya. Jadi cara begitu (secara automatik) adalah untuk membolehkan suara wanita ada dalam semua bahagian," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.