Jualan akhbar Melayu lebih tinggi dari akhbar bahasa lain
Purata jualan akhbar harian dan mingguan berbahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan akhbar berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain bahasa dalam negara, demikian menurut perangkaan bulan Mei Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tahun lalu, sebanyak 1.97 juta juta akhbar berbahasa Melayu dijual berbanding 1.06 juta akhbar berbahasa Inggeris, 762,659 bahasa Cina, 32,685 bahasa Tamil dan 113,121 akhbar campuran bahasa yang terdapat di Sabah.
Bagi tahun 2003, jualan akhbar harian bahasa Melayu ialah sebanyak 1.85 juta, manakala bahasa Inggeris (1.04 juta), Cina (709,712), Tamil (31,122) dan campuran bahasa di Sabah (68,505), menurut perangkaan itu yang dikeluarkan di sini.
Menurut laporan Bernama , perangkaan jabatan terebut juga menunjukkankan, jumlah kemalangan jalan raya bagi Januari tahun ini ialah sebanyak 26,218 kes, dengan jumlah mangsa seramai 4,642 orang yang melibatkan 518 kematian dan 4,124 kecederaan.
Bagi tahun lalu, jumlah kemalangan jalan raya ialah sebanyak 325,850 kes manakala sementara jumlah mangsa adalah seramai 54,086 yang melibatkan 6,223 kematian dan 47,863 kecederaan.
Jumlah kemalangan jalan raya tahun lepas telah meningkat berbanding tahun 2003 yang mencatatkan sebanyak 298,653 kes dengan 52,741 mangsa kemalangan termasuk 6,286 kematian dan 46,455 kecederaan.